Friday, May 1, 2015

PASTA/ MACARONI UDANG

Sekali-sekali seronok jugakkn klu kita sama-sama layan buat makaroni udang..jom tengok bahan2 resepi orang dapur ni.


Gambar Ikhsan


BAHAN-BAHANNYA
 
  •  400 udang harimau 
  • 450 ml air
  • 4 biji bawang merah dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih dicincang halus
  • 300 gm pasta/makaroni - direbus
  • 2 tangkai daun bawang
BAHAN-BAHAN SOS
  • 1 camca besar air
  • 3 biji kuning telor
  • 160 gm lepa susu farmcows biar pada suhu bilek
  • Perahan lemon secukupnya
  • garam dan serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA
  1. Kupas udang kecuali ekornya. Rebus kepala dan kulitnya dengan air, bawang merah dan bawang putih selama 5 minit.
  2. Tapis air rebusan kedalam periuk, celur isi udang sehingga masak kemudian angkat. Tapis sekali lagi.
  3. Biar air rebusan merenih hingga tinggal 1 camca besar. Tapis pula kedalam mangkuk tahan panas, cmpurkan air dan kuning telor (bahan sos).
  4. Letakkn mangkuk di atas periuk yg airnya mendidih perlahan., masukkan 10gm lepa susu, kacau dengan pemutar sehingga lepa susu cair dan sos pekat sedikit. Ulangi memasukkan 10gm lepa susu setiap kali putar dan pastikan sos pekat sebelum menambah lepa susu lagi.
  5. Apabila lepa susu sudah habis, kacau lagi 2minit baru diangkat. Masukkan perahan lemon, garam dan serbuk lada sulah. Sajikan dengan pasta atau makaroni, udang dan daun bawang. Daaa siap! hehee..











 

2 comments:

  1. bik... ngencesla tgk resepi ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. ye ke...hihii..trylh kita masak simple2 je..

    ReplyDelete