Tuesday, May 12, 2015

MENJAMU SELERA DI RESTORAN AROMA IKAN BAKAR


Syukur alhamdulillah arini allah masih memberikan  aku kesihatan dan kekuatan yang baik untuk aku terus menaip lagi di blog yang aku sayangi ni...Hari ni aku nak bercerita dan nak ajak pembaca blog mengunjungi ke Restoran Aroma Ikan Bakar yang terletak di Jeram pulak..Pengalaman sendiri aku dan keluarga... Biasalah kami dan anak-anak memang suka berjalan lebih-lebih lagi kat tempat-tempat yang macam ni.. Seronok tau..dapat jalan..dapat makan..memang sangat-sangat enjoy.. Tempat yang aku nak ceritakan ni memang best sebab nak cerita pasal makanlh katakan..Hehehee...


Oh lupa nak bagitau tempat ikan bakar ni bertempat kat Pantai Jeram, Kuala Selangor.. Mungkin aku rase korang pun pernah dengar gak.. tp dengar dengan pergi sendiri kat tempat tu tak sama.. kalau kita sendiri datang kat tempat ni rasenya lebih seronok kerana dapat mengalami sendiri pengalaman makan kat tempat yang terkenal macam ni..Wokay apa ada kat sini ye, kat sini macam-macam ada.. dah nama ikan bakar banyaklah jenis-jenis ikan yang ada kat sini.. Ikan kembung, bawal, siakap, senangin, pari and entah apa-apa lagi ikan aku pun xtau nama dia... Bukan itu saja sotong, udang, tiram dan macam-macam lagi..Semua tu kita kene pilih sendiri...

Wah.. Bila dah pilih-pilih macam tu tentu kepala dah plan nak soh tukang masak, masak apa kan...eeee.. Kalau anak-anak akulah yang wajib kat kepala diorng ni mistilah nak masakkan menu yang class.. nak ikan siakap masam manis gitu dan  ikan masak tiga rase ke atau paling-paling menu diorang ni nak ikan yang di masak stim! Amboi kalau tang makan bebudak ni memang hebat jer huhuhuu....Pokai le mak ayah kikikii..
Nak cerita lagi aku kagum sebab tukang masak- tukang masak kat sini semuanya pandai dan hebat-hebat belakal. Semua masakkan yang kitorang order sampai pada tepat pada masanya jadi kitorang tak lah sampai ralat nak tunggu..Kira okay jer..Masakkannya pun semuanya sedap-sedap.
  

Oh lupa tempat ini pada hari biasa dibuka pada jam 3 ptng..Dan pada hari Sabtu dan Ahad ia dibuka seawal jam12 tengahari.. Tempat nak letak kereta jangan risau.. memang banyak cuma tempat nak makan je sebabnya kekadang kalau kita terlewat siket je tempat duduk semuanya penuh..hihihii..Nasiblah kan..Oklah nak cerita je pun korang bukannya kisah kan.. Aku berharap jemput dan sudi-sudilah jalan-jalan kat sini bersama keluarga korang erk.. Sambil makan-makan kita riadah dan rehatkan minda bersama orang yang kita sayangi iaitu keluarga kita....     


Inilah antara menu yang kami dan anak-anak pilih..marvelous

ikan siakap masak stim



Ketam masak cili



  Udang masak butter prawn




0 comments:

Post a Comment