Saturday, May 2, 2015

KUIH KERIA

Kuih Keria






Bahan-bahannya mudah

  • Beberapa biji keledek
  • 1 aun tepung ubi 
  • 1 aun tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng
  • 2 aun gula pasir 
  • 2 sudu besar air

Cara menyediakannya
Cuci dan rebus atau kukus keledek dengan kulitnya hingga empuk. Kupas kulitnya kemudian lecek keledek itu, dan campurkan dengan tepung yang telak diayak supaya menjadi doh yang kental. Letakkan doh diatas papan pencanai yang sudah ditaburkan tepung dan dibahagi-bahagikan adunan doh tadi kepada 6 atau 8 bahagian yang sama banyak.

Bentukkan tiap-tiap bahagian itu seperti gegelang. Panaskan minyak dan goreng kuih itu hingga perang warnanya. Toskan kuih itu dan letakkan disatu bekas.

Untuk membuat gula keria, masakkan gula dan air hingga air gula menggelegak. Apabila sirap gula menampakkan buih-buih halus kuih keria tadi hendaklah segera dimasukkan dalam air gula tersebut. Kacau-kacau sehingg semua gula tersalut pada kuih tersebut.

Ini antara puluhan jenis kuih tradisional kita yang tidak patut kita lupakan dan selamat mencuba.



















2 comments: