Monday, May 4, 2015

KARI KEPALA IKAN


Pagi tadi aku ke pasar, cari-cari idea apa lauk yang nak dimasak hari ni tetiba mata aku terpandang lak seketul kepala ikan diatas deretan para ikan-ikan.. Huhuhu..mulalah terliok terbayang pulak kat kedai mamak pasal kari kepala ikan.. so apa lagi aku pun grab ameklah seketul kepala ikan merah..Yahoo apa lagi balek ni kene masaklah..Jom sama-sama join masak kari kepala ni, aku ni plak jenis tak suka guna rempah atau bahan yg susah-susah so klu korang nak masak ala sempoi2 gitu bolehlah ikut cara aku masak.. Memang mudah tapi korang jangn risaulh sebab kari ni mmg marvelous sedapnyer

 Wokeh, bahan-bahan dia sorylah hehehee.. aku main agak-agak jer ikut besar or kecik ikan tu k.
        
Bahan-bahan dia
  •  Kepala ikan merah saiz sederhana
  • Bawang besar 1biji
  • Bawang putih 3ulas
  • Halia lebih kurang 1"
  • 2 bungkus saiz kecil rempah kari adabi atau apa jenis yg korang suka
  • Daun kari
  • Serbuk perasa dan garam
  • Terung bulat 2 biji
  • Kacang bendi 3,4 biji
  • Buah tomato 1biji
  • 1 biji bawang besar dibelah 4
  • 2 biji cili belah 2
Cara2nya macam biasalah..
Blenderkan bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian tumiskan bahan2 tersebut dalam periuk, bila bau dia dah naik je kita masukkanlh rempah kari dan daun kari. Kacau sekejap, kemudiana masukkan pulak kepala ikan kita tu tadi.. Masaklh sehingga kepala ikan tersebut masak lebih kurang 10 minit..Masukkan sedikit air separas ikan dan biarkan melegak sekejap. Selepas menggelegak barulah masukkan semua sayur-sayur, bawng yang dibelah empat dan cili tadi.. Akhir sekali masukkan serbuk perasa.dan biarkn dia melegak sekali lagi selama 5minit. Tutup api dan bolehlah dihidangkan..Bagusnye kari kepala ikan ni dia tidak menggunakan pn sebarang santan..Selamt mencuba..

* Kalau boleh janganlah masak sayur-sayuran kita dalam kari tu terlalu lama 
   














0 comments:

Post a Comment