Tuesday, April 21, 2015

Mudahnye Nak Kurus


Berjalan Kaki Boleh Kuruskan Badan


Berjalan kaki boleh membantu mengurangkan berat badan. Jika anda seorang yang mementingkan kecantikkan, berjalanlah dengan banyak dan anda dijamin akan menjadi ramping dan menawan.
      Ini bukan iklan atau cakap-cakap kosong. Pakar-pakar bina badan dan doktor2 percaya semakin banyak seseorang itu berjalan semakin tinggi pula kemungkinan untuk menjadi kurus.
      Jelaslah berjalan kaki adalah cara yang baik untuk mengurangkan berat badan. Tidak perlu mengamalkan diet yang sukar dan tidak juga perlu membuang duit kerana menyertai kelas aerobik...
     Tidak ada bayaran untuk berjalan kaki. Ini memang satu hakikat. Jika anda menyertai kelab renang atau kelab  aerobik tentu anda terpaksa membayar sekian banyak yuran setiap bulan. Cuba anda bayangkan.
     Demikian juga halnya jika anda bermain golf, badminton, bolasepak dan apa jua jenis sukan bertujuan untuk mengurangkan  berat badan, tentu akan memerlukan wang sekurang-kurangnya untuk membeli peralatan.
      Tetapi kalau anda berjalan, anda bolih berjalan seberapa lama pun bolih dengan percuma. Tidak ada bayaran untuk berjalan. Jadi untuk apa menyertai kelab aeorobik dan membuang wang jika anda bolih berjalan.
      Lagipun faedah yang anda perolehi dari berjalan percuma itu sama dengan bersenam atau aeorobik. Dalam zaman meleset sekarang ni tentu ramai yang memilih cara percuma untuk menguruskan badan. Berjalan!!!..
     Tidak saja percuma, berjalan adalah perbuatan yang paling mudah sebabnye kita telah biasa melakukannya sejak hari pertama kita boleh berjalan. Tidak perlu latihan, tidak ada peraturan..
     Selagi anda boleh melangkah selagi itulah anda boleh berjalan - mengengkang atau tempang itu tidak penting! Setiap kali anda melangkah anda telah membantu membakar kalori.
     Berjalan ialah senaman yang paling selamat dan berkesan. Tersilap menari aerobik boleh menyebabkan anda terseliuh dan mungkin patah pinggang. Tersilap bermain bola boleh menyebabkan anda patah riuk.
      Tetapi jarang sekali orang silap berjalan, kecuali jika anda berjalan dengan kedua mata ditutup. Selagi anda boleh  berjalan biasa, anda akan selamat..
     Tidak seperti berenang, bermain badmintan atau sukan-sukan yang lain, berjalan tidak memerlukan kecekapan tertentu.. Berjalan jugak tidak memerlukan sebarang  alat. Anda hanya perlu melangkah dengan memakai apa jua jenis kasut yang baik dan sesuai untuk kaki anda.
      Faedahnye seperti yang telah disebutkan tadi, sama sahaja dengan senaman, aerobik atau lain-lain jenis sukan semuanya untuk membakar lemak dan kalori didalam tubuh dan dengan itu boleh mambantu mengurangkan berat badan..
     Jika anda berjalan sebelum makan, ia boleh mengurangkan selera dan menjadikan anda kurang makan dan dengan sendirinye akan memberi kesan dalam usha mengurangkan berat badan.
     Tidak itu sahaja berjalan juga telah diakui sebagai cara yang paling berkesan untuk menjaga ketegapan tubuh, menguatkan otot dan memperbaikki daya tahan tubuh.
      Malah berjalan boleh menguatkan daya ingatan dan mengurangkan tekanan fikiran. Sebab itu menurut Persatuan Perubatan Pediatrics Amerika  berjalan adalah senaman yang paling selamat untuk orang yang telah  berumur kerana ia melibatkan hanya sedikit tekanan.
         
          Pakar-pakar percaya berjalan boleh membantu
  1. Mengurangkan darah tinggi
  2. Mengurangkan sakit otot
  3. Mengurangkan kebekuan artiritis
  4. Mengurangkan bahaya serangan lemah jantung
  5. Mengurangkan tekanan sakit kepala
  6. Tidur lebih lena
      Setelah mengetahui faedah-faedahnya apakah anda tidak mahu mencuba berjalan sekarang? Mulakan sekarang, jika tidak berani seorang diri anda bolehlah menubuhkan persatuan berjalan kaki...Mulakanlah berjalan hari ini dan tujuilah kesihatan yang lebih baik ....






 Dengan Ihsan School


        






0 comments:

Post a Comment