Monday, April 20, 2015

Jom Tengok Petua...

MENCANTIKKAN KULIT KAKI

Ramai wanita yang hanya mengambil berat tentang penjaggan kulit muka sahaja. sedangkn bahagian kaki sering dibiarkan. Tidak kurang wanita yang menghadapi masaalah kulit kaki bersisik dan kering walaupn setelah disapukan losyen..   
     Untuk mengatasi masalah ini cuba kita sapukan kulit kaki kita dengan tepung beras yang dikisar dendiri dan campurkan dngan santan kelapa secukupnya.
       Bancuhan tepung beras itu hendaknya cair supaya mudah untuk kita sapukan ke kulit kaki..Sapukan setiap hari dan cucilah apabila telah kering..Cubalah lihat hasilnya...


MELURUSKAN RAMBUT
 
Unruk mengikuti perkembangan fesyen rambut kadangkala rambut ikal sukar dibentuk. Jika anda mahu rambut kelihatan lurus, cubalah petua ini.
       Ambil sebiji nenas manis dan parut, kemudian diperah intuk diambil airnya. Air nenas tadi diperam semalaman. Lumurkan di rambut antara 10 - 15 minit, kemudian cucilah rambut anda.


ATASI PARUT JERAWAT

Sekiranya di muka anda terdapat kesan-kesan akibat daripada peninggalan jerawat , anda masih lagi berpeluang untuk berusaha bagi membantu menghilangkannye. Caranya ialah dengan cara yang diperturunkan di bawah ini.
       Caranya ialah ambilkan sedikit buah keras dan ambil bahagian dalamnye iaitu isinya dan diasah dengan sedikit air.. Kemudian sapulah buah keras radi di bahagian kulit muka anda yang terdapat parut kesan daripada jerawat tadi.. Selamat mencuba..


AGAR AWET MUDA  

Memang menjadi idaman setiap wanita inginkan wajah yang cantik dan muda walaupn umur sudah meningkat tua.         Jika inginkan awet muda cubalah petua ini. Amalkan minum segelas kecil air perahan ibu kunyi bercampur air asam jawa dan gula merah. Masakkn bahan-bahan ramuan tadi dan jadikanlah amalan kita dengan meminum  air ini..           


0 comments:

Post a Comment