Friday, April 24, 2015

EMM.....TABUNG???


SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT


Bila kita cerita pasal tabung rasenye semua orang tahu apa itu tabung. Ada bermacam-macam jenis bahan atau alat yang boleh kita buat tabung..misalnye botol, tin, batang buluh, tempurung kelapa dan bermacam-macm lagi. Bila kita menyebut pasal tabung biasanye kita akan secara automatik memfokuskan ianya suatu bentuk bekas untuk mengisi wang...dan bila kita mula menyimpan sedikit demi sedikit didalam bekas-bekas tesebut sudah tentunya kita panggil menabung.

Apa itu menabung? Sudah tentu kita semua sudah tahu apa maknanya menabung.. Menabung adalah satu proses menyimpan wang secara sedikit demi sedikit. Ia adalah amalan mulia dan mendatangkan banyak faedah kepada penyimpan. Jika kita rajin menyimpan  wang ketika muda, wang kita akan bertambah. Kita bolih menggunakan wang itu ketika usia tua. pada waktu usia tua kita dapat merehatkan fikiran dan tidak perlu bekerja keras lagi.

.Zaman dahulu duit begitu besar nilainya kerana untuk mendapat secawan beras amat payah.. sbb itulah sekarang anak-anak patut diajar sejak kecil lagi agar mereka menghargai  wang dengan menabung sendiri. Biar pun nilainya sedikit, lama kelamaan ia akan membukit dan semakin banyak.. Itulah  pepatah orang melayu ada menyebut sikit-sikit lama-lama menjadi bukit..

Anak-anak tentunya diajar menyimpan baki wang sekolah kedalam tabung. Dengan wang itu mungkin dapat  menolong kita dikemudian hari kelak.. Insyallah. Sikap  rajin menabung juga memberi jaminan masa depan yang gilang dan cemerlang. Seandainye kita dapat menjejakkan kaki ke menara gading wang hasil simpanan kita dapat digunakan. Kita tidak akan menyusahkan ibu bapa dengan memaksa mereka meminjam wang di bank.

Rajin menabung juga boleh membentuk sikap kita ke arah
berjimat cermat . Sikap berjimat cermat adalah satu langkah
yang baik dan perlu dipupuk sejak kecil lagi, sekurang-kurangnya
dapat mengurangkan sikap boros dalam berbelanja.
Menabung juga memberikan kita mencipta tabung yang unik dan mengunakan alam semula jadi seperti buluh. Para penabung juga berpeluan mengenali pelbagai bentuk tabung yang terdapat dipasaran dan pelbagai tabung yang dihadiahkan oleh pihak bank. Bagi menjamin masa depan yang gemilang, rajin-rajinlah menabung. Bak kata pepatah kita tadi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Masa depan yang cemerlang menjamin kehidupan yang sempurna....




 


Tabung ayam yang cukup terkenal pada mase dulu

1 comment: