Saturday, April 18, 2015

AKU SEEKOR KUCING






Ishh ishh.. x senang orang nak mengurut.............




Aku adalah seekor kucing..Nama ku cotton . Aku sungguh beruntung kerana terlalu disayangi oleh tuan ku. Pagi-pagi lagi aku diberi minum susu. Aku juga diberi makan nasi bercampur ikan. Ikan yang aku suka skali ialah ikan rebus..
          Hujung minggu merupakan hari yang paling aku takuti kerana pada hari itulah aku kan dimandikan. Badan aku disabun dan disyampu. Tak tertahan rasenye..sudahlh sejuk, pedih pula mataku terkena sabun.. Aku menjerit kesejukkan namun tak ada siapa pun yang mahu menolong... Pada waktu malam aku tidur dengan tuan ku didalam kelambu. Kata tuan ku "biar contton tidak kene gigit nyamuk..." Huhuhuuu..
          Beruntung betul aku mendapat tuan yang baik hati. Suatu hari menjelang pagi, aku bangun bila terdengar bunyi bising di dapur. Tiba-tiba kepala aku terasa pening. Aku berjalan perlahan-lahan dan mengiau-ngiau meminta tolong dari tuan ku. Tuan ku mengerti penderitaan ku yang sedang mengandung ketika itu...
          Badan ku diusap sambil menyuruh ku bersabar. Aku diangkat dan di masukkan di dalam kotak yang bersih dan dialas dengan kain yang bersih. Aku pun baring dan mengerang kesakitan . Aku hanya bersabar aje..
          Tidak berapa lama kemudian aku pn selamat melahirkan anak sebanyak 4 ekor.. Comel-comel dan montel-montel belaka.. Aku sungguh gembira dan sayang dengan anak-anak ku. Sekarang aku tidak kesunyian lagi..
          Tidak berapa lama kemudian aku dihinggapi penyakit .. Bermacam-macam  ubat telah aku makan tetapi tidak berkesan.. Lama kelamaan penyakit ku bertambah teruk dan aku tidak lalu makan dan minum...Kata tuan ku, usia aku mungkin tidak lama lagi.. Sekarang aku hanya menunggu hari-hari kematian ku itu.... Aku berdoa semoga anak-anak ku akan hidup dalam keadaan selamat dan aman senantiasa.....
         

3 comments: