Wednesday, April 29, 2015

Syiling 20 sen

Nostaljia Yang Tidak Dapat Dilupakan


Pada zaman semasa aku sekolah dulu 20sen  mempunyai nilai yang cukup tinggi...Bangganye kalau emak ayah kita bagi 20sen kan...Dengan hanya 20 sen aku dapat membeli sbungkus nasi lemak dan ais krim. Nilainya sungguh tak terkata.. Macam2 boleh dapat.. Misalnya kekacang..orang dulu panggil kacang putih..Yes aku suka sangat kalau penjual kacang putih datang umah..Terlompat-lompat happy sangat..huhuu



Macam nilah gaya bungkusan mase zaman dulu2 kalau india penjual kacang putih tu bungkuskan untuk kitorang...Masing-masing makan sikit2 agar tak cepat abis hihii..kelakar kan..
Kenangan yang cukup indah dan menyeronokkan..





 Ais kepal pun dapat kita beli dengan harga hanya 20sen je..
aduii rindunye nak makan ais kepal..


.

.
                                              Alat pembuat ais kepal pada masa dahulu


Sekarang nilai syiling 20sen sudah jauh berubah tak macam dulu-dulu. Sekarang dengan duit syiling 20 kita hanya dapat membeli makanan ringan je. Itu pun mungkin cikedis.asam boi..yang jajan-jajan orang kata.hihii.
tapi cuba kita kenang dan sorotkan kembali pada mase dulu nak beli  minyak tanah,kacang tanah bukan tu jer tepung gandum dan minyak kelapa pun boleh..Jauhnye nilai ringgit kita sekarang..20sen...20sen....dulu dan sekarang....huhuuu
         


















Tuesday, April 28, 2015

Gangguan...





Hari ni aku benar2 takde mood nak buat pape...Adoii tak tahu nape sejak kebelakangan ini seluruh badan ku terasa bisa-bisa sekali, seperti menyucuk-nyucuk. Sebenarnya aku ada tugasan yang cikgu ku bagi, tugasan blog bertajuk syiling 20 sen..tp tah nape aku terase sperti malas dan tak ada ati nak buat.. Badan ku begitu berat lebih2 lagi dibahagian pinggang terasa sangat sakit seperti ada sesuatu yang melekat.. Perutku juga begitu senak dan terik.. Ya allah sakitnya bukan kepalang.

Semenjak aku ditimpa gangguan berpunca dari majlis perkahwinan anakku yang sulung, sehingga kini keadaan aku jadi begini. Sekejap ok sekejap tidak.. malah kadang kadang keadaan jadi lebih teruk..Apakah sebenarnya yang menganggu aku? Syaitankah? Jin kah?? Ya Allah lindungilah aku dari gangguan syaitan jin dan iblis... Tiap hari aku berdoa mintak disihatkan tubuh badan dan mintak dijauhi diri dari segala masllah dari gangguan2 ini... 

Hari ini keadaan dahulu datang lagi.. nampak makin teruk sebab terasa badan seperti terbakar. Pinggang terasa sengal-sengal, kaki terasa sakit dan tapak kaki juga seperti terasa ada jarum yang menyucuk2..Aku tidak boleh tidur macam orang lain. Tidur pula tidak pernah lena. Aku kerap terjaga ditengah-tengah malam takala orang lain sedang nyenyak tidur . Bila sedar aku tidak bolih menggerakkan badan ku..adui sakitnye tuhan je yang tahu..Apakah sebenarnya yang menggangu aku..

Aku pernah berjumpa dengan ustaz kerana keadaanku macam ni tp terperanjat juga bila ustaz kata rupanya badan ku ada yang singgah! Ustaz ada memberikan aku sepotong ayat untuk aku amalkan, alhamdulillah aku dapat menghafal ayat2 tersebut tp aku perasan sejak aku mengamalkan ayat2 tu bisa yang terlekat kat badan ku makin kuat terasanye.. Sehingga aku susah nak berjalan..lagak gaya aku kalau orang tengok persis macam nenek kebayan yang lebih 100 tahun berjalan..setiap kali aku bangun nak jalan aku tidak bleh berdiri tegak, aku seperti terpaksa membongkokkan badan ku seperti orang tua yang lanjut usia.Sakit sungguh pinggang ku...Aku tidak tahu jika aku ada penyakit lain..

Pernah aku berjumpa dengan seorang doktor tapi doktor tidak suspect pun yang aku ada sakit..di checknya suhu badan ku ternyata juga yang aku tidak demam..tp pelik badan ku berpeluh-peluh tah mengapa dan tapak kaki juga terasa sangat sejuk..

Jika keadaan ini masih lagi berterusan, dengan izin allah aku bercadang ingin berjumpa lagi dengan ustaz .. Aku nak mintak lagi air penawar ... Harapnya allah izinkan aku untuk pulih.. Doakanlah agar aku pulih macam orang lain ye.. Seterusnye  jika ada umur, insyaalah aku akan sambung dan ceritakan masallah yang aku alami ni lagi..
                          Wassalam..




























Monday, April 27, 2015

Resepi Takoyaki


Woww... Selalunya kita nak makan kita bli, apa kata jom hari ini kita cuba buat sendiri.. Bahan
dia pun mudah kita nk dapat so harap jangan bagi alasan  susah nk cari k..


Bahan-bahannya:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu makan tepung jagung
  • 2 biji telor saiz A
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh chicken stock
  • 3 sudu teh kicap cair jepun/ kicap cair biasa
  • Inti -sotong atau udang
  • Daun bawang 
  • Kobis bulat dicincang halus
  • Cili- kalau suka pedas
 
Cara-cara membuatnya:  
Campurkaan semua bahan-bahan, kacau sehingga sebati.
Biarkan  adunan sekejap selama setengah jam.
 
Sediakan acuan takoyaki, klau xde guna acuan kuih cara pun boleh.
Masukkan adunan kedalam acuan yang telah disapukan sedikit minyak dan masukkan inti udang atau sotong..Balik-balikkan dan dia akan membentuk seakan bulat..masak sehingga kelihatan keperangan..Angkat dan susun kedalam pinggan..
 
akhir sekali taburkan takoyaki yang dah masak tu dengan
  • Sos  takoyaki
  • Mayonise Jepun
  • Serbuk seaweed
  • Serbuk bonito flakes atau
  • Katsuobushi

Sos Takoyaki
  • 1 cawan sos tomato
  • 3/4 cawan kicap cair
  • 1/4 air asam jawa
  • 2 cm halia tumbuk halus
  • 1 ulas bawang putih tumbuk halus
  • 1/2 cawan gula


Caranya: Campurkan semua bahan2 sos dalam periuk. Renih sampai pekat, kemudian
                 tapis....masukkan dalam drizzle...nah.. dah siap.. Cubalah 




Friday, April 24, 2015

EMM.....TABUNG???


SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT


Bila kita cerita pasal tabung rasenye semua orang tahu apa itu tabung. Ada bermacam-macam jenis bahan atau alat yang boleh kita buat tabung..misalnye botol, tin, batang buluh, tempurung kelapa dan bermacam-macm lagi. Bila kita menyebut pasal tabung biasanye kita akan secara automatik memfokuskan ianya suatu bentuk bekas untuk mengisi wang...dan bila kita mula menyimpan sedikit demi sedikit didalam bekas-bekas tesebut sudah tentunya kita panggil menabung.

Apa itu menabung? Sudah tentu kita semua sudah tahu apa maknanya menabung.. Menabung adalah satu proses menyimpan wang secara sedikit demi sedikit. Ia adalah amalan mulia dan mendatangkan banyak faedah kepada penyimpan. Jika kita rajin menyimpan  wang ketika muda, wang kita akan bertambah. Kita bolih menggunakan wang itu ketika usia tua. pada waktu usia tua kita dapat merehatkan fikiran dan tidak perlu bekerja keras lagi.

.Zaman dahulu duit begitu besar nilainya kerana untuk mendapat secawan beras amat payah.. sbb itulah sekarang anak-anak patut diajar sejak kecil lagi agar mereka menghargai  wang dengan menabung sendiri. Biar pun nilainya sedikit, lama kelamaan ia akan membukit dan semakin banyak.. Itulah  pepatah orang melayu ada menyebut sikit-sikit lama-lama menjadi bukit..

Anak-anak tentunya diajar menyimpan baki wang sekolah kedalam tabung. Dengan wang itu mungkin dapat  menolong kita dikemudian hari kelak.. Insyallah. Sikap  rajin menabung juga memberi jaminan masa depan yang gilang dan cemerlang. Seandainye kita dapat menjejakkan kaki ke menara gading wang hasil simpanan kita dapat digunakan. Kita tidak akan menyusahkan ibu bapa dengan memaksa mereka meminjam wang di bank.

Rajin menabung juga boleh membentuk sikap kita ke arah
berjimat cermat . Sikap berjimat cermat adalah satu langkah
yang baik dan perlu dipupuk sejak kecil lagi, sekurang-kurangnya
dapat mengurangkan sikap boros dalam berbelanja.
Menabung juga memberikan kita mencipta tabung yang unik dan mengunakan alam semula jadi seperti buluh. Para penabung juga berpeluan mengenali pelbagai bentuk tabung yang terdapat dipasaran dan pelbagai tabung yang dihadiahkan oleh pihak bank. Bagi menjamin masa depan yang gemilang, rajin-rajinlah menabung. Bak kata pepatah kita tadi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Masa depan yang cemerlang menjamin kehidupan yang sempurna....




 


Tabung ayam yang cukup terkenal pada mase dulu

Tuesday, April 21, 2015

Mudahnye Nak Kurus


Berjalan Kaki Boleh Kuruskan Badan


Berjalan kaki boleh membantu mengurangkan berat badan. Jika anda seorang yang mementingkan kecantikkan, berjalanlah dengan banyak dan anda dijamin akan menjadi ramping dan menawan.
      Ini bukan iklan atau cakap-cakap kosong. Pakar-pakar bina badan dan doktor2 percaya semakin banyak seseorang itu berjalan semakin tinggi pula kemungkinan untuk menjadi kurus.
      Jelaslah berjalan kaki adalah cara yang baik untuk mengurangkan berat badan. Tidak perlu mengamalkan diet yang sukar dan tidak juga perlu membuang duit kerana menyertai kelas aerobik...
     Tidak ada bayaran untuk berjalan kaki. Ini memang satu hakikat. Jika anda menyertai kelab renang atau kelab  aerobik tentu anda terpaksa membayar sekian banyak yuran setiap bulan. Cuba anda bayangkan.
     Demikian juga halnya jika anda bermain golf, badminton, bolasepak dan apa jua jenis sukan bertujuan untuk mengurangkan  berat badan, tentu akan memerlukan wang sekurang-kurangnya untuk membeli peralatan.
      Tetapi kalau anda berjalan, anda bolih berjalan seberapa lama pun bolih dengan percuma. Tidak ada bayaran untuk berjalan. Jadi untuk apa menyertai kelab aeorobik dan membuang wang jika anda bolih berjalan.
      Lagipun faedah yang anda perolehi dari berjalan percuma itu sama dengan bersenam atau aeorobik. Dalam zaman meleset sekarang ni tentu ramai yang memilih cara percuma untuk menguruskan badan. Berjalan!!!..
     Tidak saja percuma, berjalan adalah perbuatan yang paling mudah sebabnye kita telah biasa melakukannya sejak hari pertama kita boleh berjalan. Tidak perlu latihan, tidak ada peraturan..
     Selagi anda boleh melangkah selagi itulah anda boleh berjalan - mengengkang atau tempang itu tidak penting! Setiap kali anda melangkah anda telah membantu membakar kalori.
     Berjalan ialah senaman yang paling selamat dan berkesan. Tersilap menari aerobik boleh menyebabkan anda terseliuh dan mungkin patah pinggang. Tersilap bermain bola boleh menyebabkan anda patah riuk.
      Tetapi jarang sekali orang silap berjalan, kecuali jika anda berjalan dengan kedua mata ditutup. Selagi anda boleh  berjalan biasa, anda akan selamat..
     Tidak seperti berenang, bermain badmintan atau sukan-sukan yang lain, berjalan tidak memerlukan kecekapan tertentu.. Berjalan jugak tidak memerlukan sebarang  alat. Anda hanya perlu melangkah dengan memakai apa jua jenis kasut yang baik dan sesuai untuk kaki anda.
      Faedahnye seperti yang telah disebutkan tadi, sama sahaja dengan senaman, aerobik atau lain-lain jenis sukan semuanya untuk membakar lemak dan kalori didalam tubuh dan dengan itu boleh mambantu mengurangkan berat badan..
     Jika anda berjalan sebelum makan, ia boleh mengurangkan selera dan menjadikan anda kurang makan dan dengan sendirinye akan memberi kesan dalam usha mengurangkan berat badan.
     Tidak itu sahaja berjalan juga telah diakui sebagai cara yang paling berkesan untuk menjaga ketegapan tubuh, menguatkan otot dan memperbaikki daya tahan tubuh.
      Malah berjalan boleh menguatkan daya ingatan dan mengurangkan tekanan fikiran. Sebab itu menurut Persatuan Perubatan Pediatrics Amerika  berjalan adalah senaman yang paling selamat untuk orang yang telah  berumur kerana ia melibatkan hanya sedikit tekanan.
         
          Pakar-pakar percaya berjalan boleh membantu
  1. Mengurangkan darah tinggi
  2. Mengurangkan sakit otot
  3. Mengurangkan kebekuan artiritis
  4. Mengurangkan bahaya serangan lemah jantung
  5. Mengurangkan tekanan sakit kepala
  6. Tidur lebih lena
      Setelah mengetahui faedah-faedahnya apakah anda tidak mahu mencuba berjalan sekarang? Mulakan sekarang, jika tidak berani seorang diri anda bolehlah menubuhkan persatuan berjalan kaki...Mulakanlah berjalan hari ini dan tujuilah kesihatan yang lebih baik ....






 Dengan Ihsan School


        






Monday, April 20, 2015

NUFFNANG?? Apa itu nuffnang...

NUFFNANG...sebutan mcam ada melayu-melayu jer sbb ada huruf  ang  kat ujung huhuu... Sebenarnye aku pn tak berapa nak paham apakah sbenarnye makna nuffnang dan fungsi sebenarnya menatang ni..so aku pan terpaksalah mintak bantuan kat makcik google yang mmng semua pun dah tahu akan kearifan makcik google ni.
        Topic ni mmng hangat diperkatakan hampir kepada semua pemblogger-pembloger blog...Ok hari ni aku nak cerita pasal nuffnang ni..Harap sedikit sebnyak kita kat sini akan tahu apa makna dia yang tersirat..
         Nuffnang ni merupakan satu website iklan yang kita boleh letak dalam atau certain page. Contoh, kita letak nuffnang dalam blob ni, and ada someone klik apa advertise tu, secara automatik account nuffnang kita ada income. Kiranya Nuffnang ni bleh menjana pendapatan la..Hebatkn... Kita buat blog just for fun kan and kita update, bila ada orang view kita dapat incom...Woww  itu sudah baguskan... Yeayy..
         Tapi tulahkan nak buat entry yang menarik minat orang baca ni bukanlah suatu yang mudah, kene jaga bahasa, xbleh semborono orang ckap..Yelah mne ada keja yang mudah dalam dunia nikn..Apa pun tujuan aku nak buat blog ni bukannye nk duit sangat atau nk jadi cepat kaya pun.. kalau dapat tu kira bonuslah alhamdulillah... tapi tujuan sbenarnye just nak mengisi mase lapang dan mase bosan-bosan kat umah...Itu jer lah yang sebenar-benarnye..

Ok tu jelah serba sedikit nk pahamkn kat korang pasal NUFFNANG ni.Harap sape2
yang sebelum ni keliru dan x paham pasal NUFFNANG harapnye akan dapat menafaat selepas baca entry ni ok..

ASSALAMUALAIKUM

Jom Tengok Petua...

MENCANTIKKAN KULIT KAKI

Ramai wanita yang hanya mengambil berat tentang penjaggan kulit muka sahaja. sedangkn bahagian kaki sering dibiarkan. Tidak kurang wanita yang menghadapi masaalah kulit kaki bersisik dan kering walaupn setelah disapukan losyen..   
     Untuk mengatasi masalah ini cuba kita sapukan kulit kaki kita dengan tepung beras yang dikisar dendiri dan campurkan dngan santan kelapa secukupnya.
       Bancuhan tepung beras itu hendaknya cair supaya mudah untuk kita sapukan ke kulit kaki..Sapukan setiap hari dan cucilah apabila telah kering..Cubalah lihat hasilnya...


MELURUSKAN RAMBUT
 
Unruk mengikuti perkembangan fesyen rambut kadangkala rambut ikal sukar dibentuk. Jika anda mahu rambut kelihatan lurus, cubalah petua ini.
       Ambil sebiji nenas manis dan parut, kemudian diperah intuk diambil airnya. Air nenas tadi diperam semalaman. Lumurkan di rambut antara 10 - 15 minit, kemudian cucilah rambut anda.


ATASI PARUT JERAWAT

Sekiranya di muka anda terdapat kesan-kesan akibat daripada peninggalan jerawat , anda masih lagi berpeluang untuk berusaha bagi membantu menghilangkannye. Caranya ialah dengan cara yang diperturunkan di bawah ini.
       Caranya ialah ambilkan sedikit buah keras dan ambil bahagian dalamnye iaitu isinya dan diasah dengan sedikit air.. Kemudian sapulah buah keras radi di bahagian kulit muka anda yang terdapat parut kesan daripada jerawat tadi.. Selamat mencuba..


AGAR AWET MUDA  

Memang menjadi idaman setiap wanita inginkan wajah yang cantik dan muda walaupn umur sudah meningkat tua.         Jika inginkan awet muda cubalah petua ini. Amalkan minum segelas kecil air perahan ibu kunyi bercampur air asam jawa dan gula merah. Masakkn bahan-bahan ramuan tadi dan jadikanlah amalan kita dengan meminum  air ini..           


Saturday, April 18, 2015

AKU SEEKOR KUCING






Ishh ishh.. x senang orang nak mengurut.............




Aku adalah seekor kucing..Nama ku cotton . Aku sungguh beruntung kerana terlalu disayangi oleh tuan ku. Pagi-pagi lagi aku diberi minum susu. Aku juga diberi makan nasi bercampur ikan. Ikan yang aku suka skali ialah ikan rebus..
          Hujung minggu merupakan hari yang paling aku takuti kerana pada hari itulah aku kan dimandikan. Badan aku disabun dan disyampu. Tak tertahan rasenye..sudahlh sejuk, pedih pula mataku terkena sabun.. Aku menjerit kesejukkan namun tak ada siapa pun yang mahu menolong... Pada waktu malam aku tidur dengan tuan ku didalam kelambu. Kata tuan ku "biar contton tidak kene gigit nyamuk..." Huhuhuuu..
          Beruntung betul aku mendapat tuan yang baik hati. Suatu hari menjelang pagi, aku bangun bila terdengar bunyi bising di dapur. Tiba-tiba kepala aku terasa pening. Aku berjalan perlahan-lahan dan mengiau-ngiau meminta tolong dari tuan ku. Tuan ku mengerti penderitaan ku yang sedang mengandung ketika itu...
          Badan ku diusap sambil menyuruh ku bersabar. Aku diangkat dan di masukkan di dalam kotak yang bersih dan dialas dengan kain yang bersih. Aku pun baring dan mengerang kesakitan . Aku hanya bersabar aje..
          Tidak berapa lama kemudian aku pn selamat melahirkan anak sebanyak 4 ekor.. Comel-comel dan montel-montel belaka.. Aku sungguh gembira dan sayang dengan anak-anak ku. Sekarang aku tidak kesunyian lagi..
          Tidak berapa lama kemudian aku dihinggapi penyakit .. Bermacam-macam  ubat telah aku makan tetapi tidak berkesan.. Lama kelamaan penyakit ku bertambah teruk dan aku tidak lalu makan dan minum...Kata tuan ku, usia aku mungkin tidak lama lagi.. Sekarang aku hanya menunggu hari-hari kematian ku itu.... Aku berdoa semoga anak-anak ku akan hidup dalam keadaan selamat dan aman senantiasa.....
         

ANAKKU

Assalamualaikum.. cerita pasal anak .. anak adalah anugerah yang tak ternilai harganye..orang kata anak  adalah permata hati kepada setiap pasangan yang telah berumah tangga..syukur alhamdulillah aku telah dikurniakan lima orang cahaya mata sesunggguhnya allah bagi rezki setiap kali anak-anak ku dilahirkan. Walaupn kehidupan aku tidak sekaya mane tapi semua anak2 ckup makan dan hingga kini mereka semuanya telah berjaya dan telah meningkat dewasa  malah 3 diantara 5 anakku telah pn mendirikan rumahtangga..alhamdulillah syukur sngat2...

         


Ini adalah antara sebahagian gambar2 anak2 ku..gambar diambil ketika kami menhadiri
majlis perkahwinan sepupu mereka di kuala trengganu.......... 
 TENGOK anak anak ku semua telah besar
panjang..cepat betul mase berlalu..
Banyak kenangan suka duka sewaktu
membesarkan
mereka...

 
tapi
kita kenalah selalu  take time
with ur family kita..
walaupn mereka dah
besar dan walaupn dah mendirikan
rumah tangga kita kenalah juga sekali
kali menyediakan waktu
dan ruang untuk kita sama sama

eratkn
kasih sayang kita
sekeluarga 

 HAHAHA...ketika duduk bersantai
di depan umah..






Hilang semua suka duka
setiap kali kita menatap wajah anak-anak
kita....

 Tengoklah gambar2 ni...hahahaa...
entah tahun bila tah lah aku pun dah lupa..kenangan
semasa zaman belum sekolah..


         










Kegembiraan ketika bersama akan lebih
mengeratkn lagi hubungan aku dan anak2



Tak tahu bila saat ini akan berulang
lagi...Memang seronok sbb anak-anak
ibarat kawan..Huhuu...



Inilah ANAK2KU....Permata Jantung Hatiku.....

Friday, April 17, 2015

Siswazah Janganlah Memilih.

Ini adalah artikal yg aku copy dari seorang sahabat yg tinggal di Melaka, katanye sana sini masyarakat heboh memperkatakan soal pengangguran.Memangnye ia satu masaalah yang begitu merunsingkan.Kalau dulu, keluar universiti, keja dah menanti. Apatah lagi yang tamat pengajian luar negeri.Kini ia jangnlah diharapkan sangat...
     Dibandar maupun di kampung,bersepah siswazah yang menanti ketibaan surat panggilan keje tp hampa.. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal pengangguran siswazah ini. Kita harus memuji sikap segelintir  siswazah yang snggup melakukan kerja2 sambilan seperti bertani atau bekerja dikilang sementara menanti kerja yang lebih menepati kelulusan mereka. Sayangnye masih ada yang enggan berbuat demikian dengan alasan gaji yang diterima tidak setimpal dengan kelulusan mereka.
     Seharusnya  sebagai manusia yang berpelajaran tinggi, siswazah tidak seharusnye membuang mase dengan menunggu kerja yang entah bila dapatnya...Semoga entry ini bermanafaat untuk semua..

Thursday, April 16, 2015

Alahai my froge..froge...



Hahahaaa..tengok pic kat atas pn kita dah tahukn....tu dia sang katak.Bila kita sebut katak je ramai yang kenal dengan binatang ini,cute lagi..Ok nk cerita pasal katak sbenarnya bukanlh satu topik crita yg menarik malah kekadng klu nk cerita pasal binatang ini buatkn kita rase nak marah pn ada sbbnye kadang2 binatang ini membuatkn orang tak bolih  nk tido lena lagi2 bila time2 selepas hujan reda..mulalah dia menyanyi2 yang nyanyian dia cukup membigitkan telinga..pengalaman ni sebenarnya aku sendiri yang alami..almaklumlah disebabkn kebetulan dirumah aku ada sebuah kolam yang tidak sebesar mana yang ada dikawasan hadapan halaman umah maka kolam inilah menjadikn tempat sang katak2 ini bermain dan bersuka ria...Hurmm kadang2 geram jugak jadinye....




Sebenar nak cerita, katak ni pn bukannya binatang yang hodoh sangat cer tengok betul-betul lagi2 time dia baring-baring macam pic atas kat atas tu..Alahai comey cam apa hihiii.. Ckap terus teranglah sbenarnye aku bukanlh arif sangat pasal binatang yang jd lagenda filem kartun dan kanak-kanak ni..maybe xsempat nk study kot tapi secara yang aku tahuu katak ni pun katanye binatang yang agak bahaya jugak lebih2 lg air kencing dia bolih membutakan mata orang yang terkena..hahaaa..wokaylah yang lain2 tu aku xdaptlh lagi nk crita psal katak2 ni..sbb nye kene study dulu lpas tu lain kali blehlh kot kalau x bosan buat blog yang lebih best sket pasal mahluk2 kiut ni huhuuu...good bye

Wednesday, April 15, 2015

RESEPI ORANG DAPUR...



ASSALAMUALAIKUM......hmm..alhamdulillah akhirnye dapat jgak bukak dan buat blog..Ingatkan senang tp rupanye alahai susah jugak  tanpa bantuan anakanda nisa...tq so much nisa sbb bantu mama buatkn blog ni.Syukur sngt2.First ni really mmng xtau nk buat apa so supaya xnmpak cm kosong and bodo2 hahaaaa apa kata kita sama2 belajar cmne nak buat resepi yang paling mudah tp cukup sedap and sapa2 pn bolih ikut huhuu...

RESEPI MUDAH dan SEGERA

KICAP CECAH IKAN BAKAR

Bahan2nya
1 CAWAN KICAP ABC
1 BIJI BAWANG BESAR
10 BIJI CILI PADI
2 BIJI CILI MERAH
SEBIJI LIMAU KASTURI

CARA2NYA
BAWANG BESAR DIHIRIS2,CILI PADI DI HIRIS2 ATAU IKUT SUKA NAK POTONG MACAMANA.
CILI MERAH JUGA DI POTONG KECIL2..CAMPURKAN SEMUA BAHAN DALAM KICAP ABC KEMUDIAN
PERAHKN LIMAU TD....DAAAA...SIAP KICAP CECAH KITA...muahh..

HARAP SAPA2 DAPAT MENCUBA ..X RUGI..sangat sedap dah xpayah nak tambah gula or apa2 lg dalam
kicap ni.....cubalah ye..