Tuesday, May 19, 2015

PUNCA BERLAKUNYA SAKIT BELAKANG

ASSALAMUALAIKUM and Selamat Sejahtera Semua..



Pernahkah anda berasa sakit pinggang selepas bangun dari tidur atau mengangkat sesuatu yang berat? Awas! Sakit pinggang ini turut berkaitan dengan tulang belakang dan mungkin akan bertambah serius sekiranya tidak ditangani pada peringkat awal. Kebiasaannya kita menyebut sakit ini sebagai sakit pinggang.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil berat untuk mengetahui punca sakit belakang. Menurut Dr. Zairul Nizam Zainal Fithri seorang pegawai perubatan HUKM, terdapat beberapa jenis sakit belakang.. cara sakit 
belakang yang paling biasa dipanggil Sakit Belakang Mekanikal..




"Masaalah pesakit untuk sakit belakang seperti ini berpunca daripada otot. Otot yang bekerja terlalu kuat, berpanjangan dan tidak berhenti-henti boleh menimbulkan sakit belakang," kata Dr Zairul Nizam.

Secara umumnya sakit belakang dapat diklasifikasikan kepada empat jenis
  • Sakit belakang mekanikal
  • Sakit belakang disebabkan osteoporosis
  • Sakit belakang degeneratif
  • Sakit belakang yang disebabkan jangkitan kuman dan sebagainya
Sakit belakang Mekanikal
Sakit belakang jenis ini kebiasaannya berlaku apabila kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak menitikberatkan tulang belakang seperti cara duduk, berdiri, berjalan, bekerja dan cara tidur yang betul.
Selain itu, masalah otot turut mempengaruhi sakit belakang jenis ini.

Sakit Belakang Disebabkan Osteoporosis
Tulang yang paling senang cedera akibat esteoporosis ialah tulang belakang. Kesannya tulang akan menjadi semakin pendek dan rapuh.
"Osteoporosis sering berlaku keatas wanita yang telah berumur. Wanita pada usia 20-an, tulangnya kelihatan tegak dan lurus, tetapi apabila menjangkau umur 50-an dan mendapat oesteoporosis, tulangnya semakin lama semakin bengkok. Justeru itu, wanita tersebut akan menjadi bongkok." ujar Dr Zairul Nizam.

Sakit Belakang Degeneratif
Sakit Belakang degenaratif lebih kerap berlaku pada mereka yang pernah mengalami kecederaan seperti jatuh dan patah.

Akibat kecederaan, tulang menjadi retak dan semakin lama tulang semakin lari. Implikasinya tulang belakang yang melindungi saraf tunjang akan terhimpit. Ini boleh menyebabkan sakit yang berpanjangan, lemah otot, kebas kaki tangan dan sebagainya.

Apabila pesakit mula berasa kebas ia dipanggil gejala neurologi dan pembedahan terpaksa dijalankan. Ini disebabkan setiap tulang belakang mempunyai selapis rawan yang dipanggil disc.

Apabila kita tua, lapisan tersebut akan menjadi keras, kenyal dan tidak lembut lagi. Dengan ini, ia tidak dapat menampung berat badan dan lama-kelamaan tulang belakang akan menjadi "haus". beritahu Dr Zairul lagi.

Sakit Belakang Disebabkan Jangkitan Kuman dan Sebagainya.
Sakit belakang seperti ini  berlaku disebabkan kanser yang sedang merebak atau jangkitan kuman. Sakit belakang ini dikatogerikan sebagai sakit yang serius.

Punca
Sakit belakang paling  kerap berlaku adalah daripada masalah otot. Dr Zairul  Nizam turut menerangkan seseorang yang tidak mengamalkan cara duduk, berdiri dan bekerja yang betul boleh mendatangkan masalah kapada otot.

Cara tidur turut mempengaruhi, jenis tilam keras atau lembut juga memainkan peranan. Selain itu terdapat sebab lain yang turut menajadi punca sakit belakang.

Masaalah sakit belakang sebenarnya bukan berpunca daripada masalah tulang belakang sendiri. Kebanyakkan pesakit mengadu sakit belakang kerana masalah seperti tekanan, masalah salur kencing pada buah pinggang, sakit pada rahim , sakit pada ovari dan kebayakkannya sakit pada anggota dalam perut. beritahu beliau.

Masalah seperti ini  telah dimenifestasikan menjadi sakit belakang walaupun asalnya bukan berpunca daripada tulang belakang.

Pengidap
"Orang yang selalu mendapat sakit belakang biasanya mereka yang tidak pernah exercise, kerjanya hanya duduk dan tidak banyak bergerak, , mengamalkan duduk yang tidak tegak, berdiri yang tidak betul dan tidak begitu mengambil berat mengenai penjaan tulang belakang," jelas Dr Zairul Nizam.


Menurutnya lagi, terdapat beberapa golongan yang dikenal pasti sering mendapat sakit belakang:
         
Golongan Muda
Golongan ini terdiri daripada mereka yang berusia dalam 30an, lebih banyak duduk, tidak bersukan dan bersenam, serta tidak menjaga tulang belakang. Mereka ini lebih cenderung mendapat Sakit Belakang Mekanikal.

Golongan Tua
Wanita yang mudah mendapat sakit belakang pada waktu ini adalah disebabkan osteoporosis, manakala lelaki pula lebih kepada sakit sendi. Golongan seperti ini pula lebih kepada mendapat sakit belakang degeneratif.

Golongan Kanak-Kanak
Bagi kanak-kanak, kes sakit belakang tidaklah sebanyak golongan dewasa atau tua. Kebanyakan kanak-kanak yang mendapat sakit belakang disebabkan tulang bengkok sejak kecil lagi.

Ada juga sakit belakang yang berlaku disebabkan serangan kenser yang merebak ketulang belakang. Serangan ini berlaku kepada golongan tua atau dewasa. Manakala sakit belakang yang disebabkan jangkitan kuman boleh dihidapi oleh semua golongan.

"Sakit belakang memang susah untuk diatasi. Masalah yang paling serius adalah disebabkan kenser dan kuman," terang Dr Zairul.

Menurutnya lagi, wanita sememangnya perlu lebih menjaga tulang belakang. Ini disebabkan golongan wanita mudah menghidap osteoporosis dan juga faktor mengandung.

"Wanita yang kerap mengandung juga akan menyebabkan otot belakang cepat menjadi lemah. Sebab  itu wanita patut lebih membuat senaman untuk menguatkan otot belakang," jelasnya.

Kaedah Rawatan
"Apabila pesakit datang dan mengadu mereka sakit belakang, perkara utama yang akan ditanya doktor ialah macam mana bermulanya sakit belakang.

"Ada pesakit yang mengadu dia sedang membongkokkan badan dan kemudian bersin. Selepas itu dia terus rase sakit belakang dan tidak boleh bangun," kata Dr Zairul.

Jalan cerita seperti ini jelas Dr Zairul, membolehkan doktor mengenalpasti jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit dan ini dipanggil slipped disc. Slipped disc bererti di antara dua tulang belakang terdapat tulang rawan. Semasa bersin, tekanan pada rawan adalah sangat kuat hingga menyebabkan rawan terkeluar. Apabila terkeluar, ia akan menghimpit saraf yang ada pada kawasan tersebut dan menyebabkan sakit belakang.

Setelah doktor mengenal pasti masalah asal pesakit tersebut, doktor akan memeriksa keadaan sakit belakang itu sama ada ia serius atau tidak.."Yang pertama hendak diketahui ialah samaada pesakit mempunyai masalah neurologi atau tidak seperti terasa kebas dan otot menjadi lemah.

"Kes yang mempunyai masalah neuroloji boleh dianggap sebagai kes kecemasan dan ini memerlukan tindakkan yang segera kerana kita tidak mahu gejala bertambah teruk sehingga pesakit tidak boleh berjalan langsung dan kene berbaring," tambah beliau.

Beliau memberitahu, x-ray akan diadakan untuk mengetahui kedudukan tulang belakang yang patah atau tidak selari dan sebagainya.

Melalui x-raylah akan menetukan jenis siasatan lanjut, sama ada perlu dibuat imbasan CT atau imbasan MRI. Kedua-dua jenis siasatan ini untuk mengetahui secara terperinci kawasan tulang belakang sama ada kawasan saraf tunjang terhimpit ataupun bermacam-macam lagi." kata Dr Zairul Nizam lagi...

Kepada yang membaca di blog ni hendaknya menafaatkan info tersebut.. dan janganlah amek mudah sekiranya kita mengalami gejala-gejala seperti tersebut diatas..kalau bukan kita mungkin emak atau ayah kita..Bantulah mereka dan janganlah dipermudahkan atau pun diperlekehkan masallah mereka... Sayangilah keluarga kita...Aminn...Terakhirnya,  Assalamualaikum....


Thursday, May 14, 2015

Wednesday, May 13, 2015

RESTORAN TAMAN KANTAN PERMAI ENCIK KHAMIS TKP

ENCIK KHAMIS....Sebut saje nama ni, semua orang kenal.. sapa yang x kenal dengan encik khamis..dia adalah memilik sebenar restoran TKP di Kantan Permai..seorang pengusaha restoran yang hebat, seorang yang amat peramah, baik dan juga seorang  yang jujur dalam mengendalikan makanan ala restoran dan catering... Restorannya ini juga diushakan sendiri dengan bantuan istri dan semua anak-anaknya..Bertuahlah encik khamis sbb semua anak-anaknye rajin dan cekap membantu.. syukur alhamdulillah..sejuk perut mak ayah tau..heheheee 
 

 Restoran TKP ini dibuka kalau tak silap seawal jam 7.30pagi.hingga jam 3-4 ptang..Biasa nya kalau aku tidak kat tempat lain aku akan singgah dan berserapan disini bersama darling aku.heehee..Aku suka datang kesini sbb makananya bnyak pilihan..Macam-macam ada disediakan kat sini misalnya.nasi lemak, lontong, mee goreng, meehon goreng, nasi goreng, soto, laksa dan pelbagai kuih muih..Semuanya sedap-sedap belaka.. jngan lupa roti canai pun ada jugak tau..Ada lagi aku nak bagitau ni k, semua anak-anak tauke TKP ni jenis pandai2 buat kek tau, kek cuplah kek chesse lh dan pelbagai2 kek lain, dan kalau ada pembaca nak buat tempahan ke apa pun boleh juga  ye...



Klu pengunjung nak makan tengahari kt sini pun tak kisah..tengoklah menu yang restoran ni sediakan..cukup meleleh air liur dibuatnya..macam -macam ada.. lauk pauknyanye adoi mak.. cukup menyelerakan..beserta ulam-ulaman lagi...huhuhu...Jomlah sape-sape yang nak cuba makanan kat sini....tak nyesal punyalah.. Kekadang aku dan anak-anak pun biase gk datang makan kat sini..Kadang-kadang tu kami bungkus jer.... Jangan lupa juga ye, nasi ayam encik khamis ni.. marvelouss.. makan nasi ayam dia pun kenyang jugak tau sbb anak-anak enck khamis ni x lokek..penuh nasi dengan ayam2 dalam pinggan tu...Semoga murah rezeki tau..ghee..   


tengah sibuk melayan pelanggan

Inilah serba sedikit dapat aku ceritakan pasal restoran ni..oh ya ada lagi satu aku lupa restoran ni juga ada menyediakan perhidmatan catering untuk semua jenis majlis..samada majlis perkahwinan ke... majlis cukur jambul ke... kenduri doa selamat ke... atau apa-apa saje segala jenis majlis insyallah...Seme boleh dirunding dan di bincang....tentang makanan jangn risau ditanggung sedap..dan perhidmatanya..."baik punya"....hihihii..
Sekian Wasalam dari saya... penulis blog...



RESTORAN NOWSHAT di JENARIS

RESTORAN NOWSHAT


Salam Ceria dan Salam sayang dari saya untuk siapa saja yang membaca dan berkunjung ke blog ini.. Lagi aku nak cerita pasal kedai makan atau restoran yang aku selalu jugak pergi.. pagi-pagi aku biasalah dngan cik abang datang berkunjung kat sini.. apa lagi minum teh lah..pepagi ktorng enjoy le sama-sama.. Tempat ni antara tempat yg aku pagi-pagi pegi berserapan.. kedai mamak..huhuhuu...biaselah apa lagi nak buatkan. Macamlah korang tak biase makan kat kedai atau restoran mamak ni, apa ada selain roti canai, capati , tosai dan nasi lemak..hahahaa.

 Tapikan apa yang aku nak ceritakan ni lain sikitlh pasal restoran nowshat ni, restoran ni bukan macam kedai mamak yang selalu atau biasa kita masuk..Yang kelakarnya kat restoran ini bukan saja ada roti canai atau capati tapi kalau korang nak tahu kat sini jugak ada disediakan makanan seperti jemput-jemput ikan bilis, lepat pisang dan macam-macam kuih muih.. Mula-mula masuk kat kedai ini aku rase betul-betul heran kenapa ramai sangatlh yang suka masuk kat kedai ni.  kadang-kadang tempat duduk sampai  tak ada yang kosong tp bila aku tengok rupanya laa orang yang datang sini rupanya semata-mata nak makan jemput-jemput ikan bilis..hehehee  kelakar, tergelak aku sekejap... Laku pulak tu.. letak abis.. kejap tu letak lagi abis..wah rase macam aku pulak yang nak meniaga..hii

Antara pekerja-pekerja di restoran ini

 Bila pikir2 balek hmm untunglah meniaga benda  macam tu pun bleh laku..pandai tol diorang ni cari  idea jual makann macm tu.. Oh.. baru aku tahu restoran ni rupanya banyak mengambil pekerja dari Indonesia.. Mungkin pekerja nilah yang bagi idea kepada tokey kedai ni.. Ok lah nak cerita makanan kat sini pun sedap jugak macam kat tempat lain-lain kedai mamak. Restoran ini dibukak dari pagi hingga ke malam, Pagi seperti biase diorang menjual roti canai dan capati macam biasa.. Nasi goreng , mee goreng mamak, rojak mamak pun ada juga nasi lemak..Tengaharintya plak diorang jual nasi putih..

Pada sebelah petang pulak restoran ini akan menjual cucur udang dan karipap.. memang kuih ini di masak panas-panas kat sini.. Aku biasa jugak datang restoran ni pada belah petang-petang, lagi-lagilah kalau ada sapa-sapa sedara aku yg nak datang ke aku pasti mengorder jer cucur udang ni dari sini..Kuah cucur udang inilah penyebab  cucur udang ni  jadi sedap.. Sekali-sekali jomlah singgah sini..dekat aje kat jenaris kajang...heheee..Inilah serba sedikit cerita pasal  restoran ni..Harap sudi-sudikanlah berkunjung ke Restoran Nowshat ni...Terakhirnya Salam sayang dari aku buat pengunjung blog ini....Muahh..


antara pelanggan yang berkunjung kat sini...





Tuesday, May 12, 2015

MENJAMU SELERA DI RESTORAN AROMA IKAN BAKAR


Syukur alhamdulillah arini allah masih memberikan  aku kesihatan dan kekuatan yang baik untuk aku terus menaip lagi di blog yang aku sayangi ni...Hari ni aku nak bercerita dan nak ajak pembaca blog mengunjungi ke Restoran Aroma Ikan Bakar yang terletak di Jeram pulak..Pengalaman sendiri aku dan keluarga... Biasalah kami dan anak-anak memang suka berjalan lebih-lebih lagi kat tempat-tempat yang macam ni.. Seronok tau..dapat jalan..dapat makan..memang sangat-sangat enjoy.. Tempat yang aku nak ceritakan ni memang best sebab nak cerita pasal makanlh katakan..Hehehee...


Oh lupa nak bagitau tempat ikan bakar ni bertempat kat Pantai Jeram, Kuala Selangor.. Mungkin aku rase korang pun pernah dengar gak.. tp dengar dengan pergi sendiri kat tempat tu tak sama.. kalau kita sendiri datang kat tempat ni rasenya lebih seronok kerana dapat mengalami sendiri pengalaman makan kat tempat yang terkenal macam ni..Wokay apa ada kat sini ye, kat sini macam-macam ada.. dah nama ikan bakar banyaklah jenis-jenis ikan yang ada kat sini.. Ikan kembung, bawal, siakap, senangin, pari and entah apa-apa lagi ikan aku pun xtau nama dia... Bukan itu saja sotong, udang, tiram dan macam-macam lagi..Semua tu kita kene pilih sendiri...

Wah.. Bila dah pilih-pilih macam tu tentu kepala dah plan nak soh tukang masak, masak apa kan...eeee.. Kalau anak-anak akulah yang wajib kat kepala diorng ni mistilah nak masakkan menu yang class.. nak ikan siakap masam manis gitu dan  ikan masak tiga rase ke atau paling-paling menu diorang ni nak ikan yang di masak stim! Amboi kalau tang makan bebudak ni memang hebat jer huhuhuu....Pokai le mak ayah kikikii..
Nak cerita lagi aku kagum sebab tukang masak- tukang masak kat sini semuanya pandai dan hebat-hebat belakal. Semua masakkan yang kitorang order sampai pada tepat pada masanya jadi kitorang tak lah sampai ralat nak tunggu..Kira okay jer..Masakkannya pun semuanya sedap-sedap.
  

Oh lupa tempat ini pada hari biasa dibuka pada jam 3 ptng..Dan pada hari Sabtu dan Ahad ia dibuka seawal jam12 tengahari.. Tempat nak letak kereta jangan risau.. memang banyak cuma tempat nak makan je sebabnya kekadang kalau kita terlewat siket je tempat duduk semuanya penuh..hihihii..Nasiblah kan..Oklah nak cerita je pun korang bukannya kisah kan.. Aku berharap jemput dan sudi-sudilah jalan-jalan kat sini bersama keluarga korang erk.. Sambil makan-makan kita riadah dan rehatkan minda bersama orang yang kita sayangi iaitu keluarga kita....     


Inilah antara menu yang kami dan anak-anak pilih..marvelous

ikan siakap masak stim



Ketam masak cili



  Udang masak butter prawn




SEDAPNYA CENDOL BAKAR KUALA SELANGOR

 


Assalamualaikum kepada pengunjung2 blog dan kepada anda yang maengikuti ruangan ini...Mungkin ada antara kita yang ada pernah dengar pasal nama Cendol Bakar yang terletak di Bukit Rotan Kuala Selangor betul-betul terletak ditepi jalan utama dan mungkin ada yang masih belum berpeluang singgah kesini lagi dan blom merasai sendiri air cendol ni.

Kalau berpeluang datanglah. Mungkin kedegaran macam orang cakap "macam tak berbaloi je datang jauh-jauh semata-mata nak minum air cendol ni"  tapi percayalah sapa-sapa yang berkunjung dekat sini pasti tidak akan rase rugi satu sen pun..Ameklah istilah dan pengalaman baru ni " Jalan2 cari makan"..Hahahaaa..

Pada mulanya aku sekeluarga sebenarnya bukan berniat pun nak berkunjung ke premis cendol ni. Cadangan asalnya aku dan anak-anak ingin bercuti dan ingin ke tempat kelip-kelip yang selalu diceritakan oleh kawan-kawan yang tempatnya juga tak jauh dari sini..Oleh kerana tempat tu pun hanya tinggal lagi beberapa kilometer je, aku dan anak-anak ingin berehat untuk dan melihat-lihat kot ada tempat untuk kami makan2...Dalam mencari-cari tu kami pn trpandangdah  tempat Cendol ni..Dari depan tempat ini cukup hebat.. Terletak betul-betul di tepi jalan utama..

Wow kami pun xnak melepaskan peluang ni..tengok menu dia pun kita dah terujakan..Wah rupanya macam-macam jugak menu cendol ni ye. Kalau sapa-sapa
tengok apa yang tertulis kat banner dia tu sure terliur... Macam-macam ada..tak tahu nak rase yang mane satu.. Hurm...hmm..bila pelayan datng dan tanya "Akak nk orde apa?" Hm.. aku masih rambang selera nak pilih yang mana satu nk mintak..lucukan..kikikii...Wokay nak cerita pasal cendol ni wow rase dia memang marvelous..baru sekali hirup je..aduh terase dia punya kesedepanye..,  memang cukup sedap..Manis dia secukup rase memang kenelh dengan selera keluarga ku..Kitorang anak beranak giler-giler menambah...hihii.. sbb sedap sangat.. So korang kat luar sana tu jomlh jalan-jalan pekena cendol ni..Jalan-jalan jauh sikit pun tak apa bukan jauh sangat pn..amek angin dalam negeri sendiri. Sebenarnye nak makan makanan lain pun ada juga, nasi ayamlh, soto lah..rojaklah..hehee..yang rojak ni sorilah aku tak sempat snap gambar dia..oh lagi satu gorerng pisang chesse pun ada gak.. Ok lah malas nak cerita lebih2 harap korang dapat jalan2 kat sini.. Harga dia pun murah sangat- sangat....Tengok keropok udang geragau dari Melaka pun diorang ada jual kat sini....Ok terakhirnya aku nak doakan semoga pemilek perniagaan cendol ni akan lebih maju dan akan bertambah2 rezekinya. Amin....


Terliurkan tengok cendul-cendul ni kan...


Dan ini jugak antara menu yang kt cendul bakar ni sediakan...sodap..


Antara perhidmatan yang disediakan "drive thru"...


Ini yang aku punya..hehehee...
 


Heheheeee..goreng pisang cheese pun ada...





Sunday, May 10, 2015

MODEN KELASIK CAFE



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca2 blog..Saya sangat-sangat berasa bangga dan teramat seronok bila pihak nuffnang memberikan saya peluang untuk membuat review pasal restoran atau cafe ni..yahoo insyallah kalau pasal buat entry makan memang saya suka dan sangat suka hihihii.. Ok sekarang saya nak mula critakan pasal kedai makan yang bernama MODEN KLASIK KAFE ni.. 

Kafe ni terletak di Kampung Pandan dan lokasinya berdekatan dengan pasar Maluri.. Apa yang istimewa sangat       dengan kafe ni, hokay skarng saya nak bagitahu apa yang specialnya kat sini ialah makananya,      kebanyakkan jenis dan cara masakkannya sama seperti ciri datuk nenek moyang kita dulu2.. misalnya lempeng yang dicicah dengan sambah..wow memang sedap, itu mmng i like!..lagi cekodok pisang, lempeng pisang, ada juga lempeng daun pisang yang cukup klasik dan tak kurang juga hebat sedapnya lempeng kelapa, juga pelbagai kuih muih..


 

Walaupun saya tinggal jauh di Kajang tapi saya dan keluarga memang sering datang kesini,  seronok berserapan pagi kat sini kadang-kadang saya bawa teman-teman join sama sebabnya kebannyakkan makanan disini susah nak dapat kat tempat lain. Biasa juga kami makan dan bungkus bubur nasi dia hurmm... memang sngat sedap.. Marvelous!

Ada juga mee sup dan makanan yang di goreng panas misalnya mee goreng, mehon goreng, kue tiow dan nasi lemak yang siap sedia dibungkus.

Kebanyakkan pelanggan yang saya nampak pun gemar memakan tahu bakar mungkin tak kurang juga lempeng daun pisang yang di masak panas-panas kat situ.Tapi kiranya pelanggan nk menikmati tahu bakar nak di ingtkan ianya cuma ada pada hujung-hujung minggu saja.





Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Moden Kelasik Kafe ni pada hujung minggu di nasihatkan datanglah awal sedikit. Memandangkan tempat ini berdekatan dengan pasar yang terletak dibahangian belakang kawasan, maka tempat makan disini senantiasa saja dipenuhi dengan pelanggan..Untuk cerita lebih selanjutnya apa kata  anda sendirilah datang ke kafe ni.. rasalah sendiri masakkan disini..WASSALAM





Contohilah Cara Mandi Pagi Rasulullah SAW








Rupanya cara mandi kita pun ada caranya jugak ye..aku dapat info ni dari group whrtssap kengkawan. Info yang baik aku rase apa salahnya kita kongsikan bersamakan. Cara mandi pagi hari yang sesuai yang selalu di amalkan oleh Rasulullah SAW.
  • Bermula dari segayung , siramkam ditelapak kaki
  • Segayung di paha
  • Segayung di perut
  • Segayung di bahu
  • Berhenti sejenak 5-10 saat

Kita akan merasakan seperti wap atau angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.

Hikmahnya seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa terjadi? Gelas akan retak.

Jika tubuh kita.. apa yang retak?
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi terus menyiram pada badan  atau kepala... angin yang seharusnye keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut  kerana pecahnye pembuluh darah. Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh dibilek air tiba-tiba kene strok.
Bleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi kita yang salah.
Cra mandi ini baik semua umur terutama yang mempunyai sakit diabetis, darah tinggi, kolesterol dan migrain/ sakit kepala sebelah...Insayallah..


Saturday, May 9, 2015

Thursday, May 7, 2015

Monday, May 4, 2015

MENGQADA PUASA RAMADHAN

Bersama PROF.MADYA DR.FARIZA MD. SHAM





SOALAN:
Jika seseorang terlupa jumlah hari puasa yang perlu diganti dua tahun sebelum ini atau beberapa tahun yang lalu, bagaimanakah cara terbaik yang perlu dilakukan? Bagaimanakah pula dengan puasa yang belum diganti selama bertahun-tahun? Bagaimanakah cara pembayaran denda dan penggantian puasa tersebut.

JAWAPAN:
Puasa dari sudut bahasa bererti menahan daripada sesuatu samaada kata-kata atau makanan. Dari sudut syarak, puasa bermaksud menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajaar hingga terbenam matahari disertai dengan niat. Dalil wajib puasa pada bulan Ramadhan dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: "Masa yang diwajibkan berpuasa ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk serta menjadi pembeza (antara yang benar dengan yang salah). Oleh itu sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya, maka hendaklah dia berpuasa dibulan itu".

Oleh kerana puasa merupakan kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan, maka sesiapa yang meninggalkannya perlu mengantikan puasa tersebut. Terdapat beberapa sebab mengapa perlu menggantikan puasa dan cara berbeza menggantikannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud:
                "Dan wajib keatas orang-orang yang tidak berdaya perpuasa (kerana tua dan sebagainya), hendaklah membayar fidyah dengan memberi makan orang-orang miskin."

Secara umum antara sebab seseorarng perlu mengqadakan puasa jika dia bermusafir atau sakit. Bagi individu yang meninggalkan puasa kerana musafir atau sakit, dia wajib menggantikan puasanya sebelum datangnya Ramadhan pada tahun berikutnya.

Bagi orang yang terlalu tua dan pesakit yang tiada harapan untuk sembuh, individu kategori ini boleh mengggantikan puasa yang ditinggalkan dengan membayar fidyah iaitu memberi makan kepada seorang miskin secupak makanan asasi pada setiap hari puasa yang ditinggalkan. Mengikut ulama ukuran secupak itu lebih kurang 600 gram.

Wanita hamil atau ibu menyusukan anak yang meninggalkan puasa kerana bimbang akan memudaratkan dirinya pula wajib menggantikan puasa sebelum tiba Ramadhan berikutnya.Sekiranya wanita itu berbuka puasa kerana bimbang berlakunya keguguran jika dia berpuasa atau kekurangan susu sehingga memudaratkan bayinya, maka dia wajib qada dan bersedekah secupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkannya.

Selain itu individu yang berjimak sewaktu perpuasa pula perlu membayar kafarah kerana telah merosakkan puasa. Kafarah tersebut ialah dengan memerdekakan hamba. Jika tidak menemui hamba, maka individu tersebut perlu berpuasa dua bulan berturut2. Bagaimanapun jika tidak mampu, hendaklah memberi makanan kepada 60 orang miskin.

Wanita yang haid dan nifas pula perlu menggantikan puasanya mengikut hari yang ditinggalkan sebelum hadirnya Ramadhan tahun berikutnya.

Sehubungan itu seseorang itu perlu mengenal pasti dia tergolong dalam mana-mana kategori yang dinyatakan untuk mengqadakan puasanya.

Sekiranya meninggalkan puasa dan tidak menggantikannya sehingga hadir Ramadhan berikutnya, maka qada puasa itu menjadi berganda. Sehari yang ditinggalkn perlu diganti sebanyak dua hari dan begitulah seterusnya.

Jika bertahun-tahun dan tidak pasti berapa banyak hari yang telah ditinggalkan, maka berusahalah menggantikannya sedaya yang mungkin. Selebihnya, seseorang boleh membayar fidyah dengan memberi makan asasi kepada fakir miskin.